Followers Tersayang

DIY #Bekas kerongsang

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya simpan kerongsang dalam mana-mana bekas kosong, semua kerongsang disumbat begitu saja. Bila nak guna, susah benar nak cari sebab dah bercampur-campur. Banyak kerongsang yang dah rosak sebab batu tercabut dan patah.. sayang kan. Tetiba dapat idea nak buat tempat simpan kerongsang sendiri.
Bahan yang diperlukan macam dalam gambar atas ni. Okey jom mulakan projek DIY..
Memandangkan kotak kasut tu panjang jadi kenalah potong sedikit bagi kecil. Kemudian sesi cantikkan kotak, saya balut luar dan dalam kotak dengan pembalut hadiah baru nampak kemas sikit.
Dah siap pun kotak kita, lepas ni nak buat span untuk lekatkan kerongsang.
Senang ja cuma balut span dengan kain kemudian jahit, saya guna kain satin sebab kain ni lembut.
Lepas tu bolehlah lekatkan kerongsang kat span, susun mengikut saiz. Kan dah kemas nak cari kerongsang nanti pun senang sebab semua dah teratur ^_^. Selamat mencuba..

5 comments:

nurul aqidah azahar said...

BGUS,,,NICE DIY.

Aqilah Azmi said...

wahhhhh nice lah kak dilaaa <3 hihihi

Mirza Rohizat said...

cute nya kak dila...hehee

norhasnizakhalid said...

menariknya... bagus ni..

Cik Puan said...

cantik nyaaaaaa....xpernah terfikir mau buat benda ne.. berterabur kerongsang cik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain