Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi resepi ayam yang sangat mudah dan cepat, saya selalu masak macam ni kalau malas masak hehe.. Kalau perut tengah berkeroncong mana lah dapat tunggu nak masak yang special-special ni kan. Okey jom semak resepi..
RESEPI : AYAM MASAK SIMPLE
Bahan-bahan :
Ayam - di potong dan dibersihkan
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
Halia - *saya letak banyak sebab suka makan hehe (bahan bertanda * ditumbuk )
1 batang serai - dititik
Sedikit air
Serbuk pati ayam
Garam
Minyak
Cara-cara :
Perapkan ayam bersama semua bahan kecuali minyak selama beberapa minit. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang diperap tadi, gaul sekejap dan tambahkan air dan minyak. Gaul sehingga masak dan hidangkan panas-panas. Senang kan, selamat mencuba ^_^.
p/s : sama-sama kita doakan agar pesawat MH 370 dan penumpangnya selamat ditemui.
8 comments:
mmg betul2 simple.. hehe..npk sedap..
wah.. sedapya dear..
Nampak simple sahaja..boleh cuba nie..hihihi
wah.. sedapnya dila masak.. simple tapi sedap tu.. :D
:) <3 nyummmmm
i love chicken so much hihihihi
thanks kak dilaaa :D :D <3
nampak simple je kan.tapi rasa dia mesti sedap kan..
tengok pada resipi pon dh dpat tangkap rasa dia mcm mana :)
nyummy !
Post a Comment