Followers Tersayang

Kuih Getas-Getas

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni juadah minum petang kuih getas-getas.sangat suka makan kuih ni..saya nampak resepi ni dari Kak Rose.saya ikut betul-betul cara nak buat gula sira dalam resepi tersebut..Alhamdulilah menjadi thanks Kak Rose.sukanya..

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung pulut
  • 20 gm tepung gandum
  • 150 gm kelapa parut
  • 130-150 ml air (jangan tuang semua,tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.biarkan sebentar selama 10 minit.
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada bentuk lonjong atau leper.pastikan anda sapukan minyak ditangan sebelum memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.goreng kuih  sehingga agak kekuningan.pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
  5. Bila dah agak kekuningan,angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih
Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
Cara-cara:
  • Masukkan gula dan air ke dalam periuk yang agak besar.Masak dengan api yang sederhana,bukan api yang kuat.
  • Jika anda perhatikan buih-buih itu, mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak ke bahagian tengah.biarkan selama 7 minit.
  • Apabila sudah 7 minit,cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari.lekat-lekatkan beberapa kali..ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari.Kalau tak biarkan 1 minit lagi dan kemudian tutup api.
  • Tempoh masak air gula supaya pekat adalah dalam 9-10 minit.jika lebih anda akan dapat gula hangus.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain