Followers Tersayang

kek pisang marble

Assalamualaikum.
Hii
Kali ini saya nak kongsikan resepi kek pisang marble.sebenarnya saya dah banyak kali cuba buat kek pisang,tapi banyak yang tak menjadi..al maklumlah baru nak belajar hehe :).tapi bak kata orang usaha tangga kejayaan kan.Alhamdulilah akhirnya menjadi juga kek ni.resepi kredit to Intan Hidayat.
Resepi kek pisang marble:
Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum (boleh ganti 1 3/4 cwn tepung gandum + 1/4 tepung jagung)*
1 s/k baking powder*
1s/k soda bikarbonat*
1cwn gula (saya guna 3/4 cwn)
4 biji pisang berangan @ emas
1/2 cwn minyak
1 s/k esen vanilla
2 biji telur gred B
secubit garam(saya tambah)
ovallete(saya tambah)
pewarna coklat (saya tambah)
Cara-cara:
Panaskan oven 180 darjah
Sapukan acuan kek dengan majerin
Ayakkan bahan yang bertanda *
Putar telur dan gula hingga kembang
Masukkan esen vanilla,garam dan ovallete.putar lagi.
Kemudian masukkan pisang dan putar.
Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit,kaup balikkan guna senduk.
Akhir sekali tuangkan minyak dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,satu warna coklat dan satu lagi warna asal.
tuang secara berselang-seli di acuan kek sampai habis.
Bakar selama 45 minit @1 jam.
Setelah masak sejukkan dulu baru potong.
Jom layan gambar kat bawah..



Till then bye..
Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain